Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Tahun 2015 telah berjaya dilangsungkan di Regency Hotel Alor Setar, Kedah pada 14 Disember 2015.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Aminuddin bin Omar Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan juga Jawatankuasa Kebudayaan,Kesenian dan Pembangunan Insan merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah.
Seramai 3 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang pada tahun 2015. Manakala 3 orang kakitangan lagi telah menerima Anugerah Khas bagi menghargai kakitangan yang telah berkhidmat dengan PSNK.
Majlis turut di meriahkan dengan acara nyanyian oleh Kakitangan Perbadanaan Stadium Negeri Kedah Darul Aman.