Lawatan tapak kerja-kerja menaiktaraf Stadium Sultan Abdul Halim oleh Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah Menteri Besar Kedah. Sempena lawatan tersebut Dato’ Seri DiRaja telah diberi taklimat ringkas kemajuan projek oleh Pengurus Besar Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Encik Zulhusni bin Mohamad Rashid.