Earth day atau Hari Bumi diperingati setiap 22 April 2018 diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Ia diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.
Pada Hari Bumi 2018 ini, Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah telah menanam sejumlah 40 pokok mangga hibrid dan nangka madu di tanah lapang di Komplek Akuatik Negeri Kedah. Selain itu juga gotong royong membersihkan kawasan dan mengecat dinding luar bangunan kompleks turut dijalankan oleh staf PSNK.