Tahniah diucapkan kepada Pengarah Perbadanan Stadium Negeri Kedah, Encik Muhammad Hakimi bin Jamil, di atas penganugerahan dan pertaulihan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) dalam Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) Kali Ke-9 Tahun 2022 pada hari ini bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM).
Anugerah disampaikan oleh Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).