Pusat Akuatik yang merupakan gelanggang utama sukan air negeri Kedah ini dibina atas kawasan seluas lapan hektar dengan keseluruhan bangunan 30,000 kaki persegi dan kos sebanyak RM 37 juta. Mempunyai tiga kolam renang iaitu kolam pertandingan (50X25 meter) terjunan (25.5X25.5 meter) dan kolam latihan.
Pada 30 ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Pusat Akuatik adalah antara venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkusa pada 1 Mac 2007.
Pentadbiran Perbadanan Stadium Negeri Kedah telah menempatkan beberapa orang petugas dan seorang penyelamat bertauliah
Aktiviti-Aktiviti Di Pusat Akuatik Negeri Kedah
Pusat Akuatik ini dibuka kepada orang awam pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Ia menjadi tumpuan atlet-atlet negeri Kedah dan persatuan-persatuan renang untuk menjalani latihan dan menambah stamina.
Kemudahan-Kemudahan Pusat Akuatik Negeri Kedah
Kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik adalah bilik vip dan vvip, surau, tandas awam serta bilik media. Pusat Akuatik ini dimulakan pembinaan pada 3 Oktober 2004 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2005. Seterusnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada Mac 2006. Kemudahan ini dibina khusus unutk penganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006.
KOLAM RENANG / PREMIS
PERKARA | KADAR SEWA( RM ) |
Tiket Dewasa | 4.00 / Sesi |
Tiket Kanak-Kanak | 2.00 / Sesi |
Premis | 300.00 |
LAIN-LAIN KEMUDAHAN
PERKARA | KADAR SEWA( RM ) |
Kolam 5 Meter | 400.00 / Sesi |
Kolam 2.5 Meter | 400.00 / Sesi |
Kolam 1.45 Meter | 400.00 / Sesi |
PA Sistem | 500.00 / Hari |
Scoreboard / Peralatan | 1000.00 / Hari |
Bilik Taklimat 1 | 150.00 / Hari |
Bilik Taklimat 2 | 150.00 / Hari |
Bilik VIP | 250.00 / Hari |
Bilik VVIP | 300.00 / Hari |
Bilik Media | 150.00 / Hari |
Bilik Fisioterapi | 150.00 / Hari |
Bilik Doping | 150.00 / Hari |
Kafeteria | 200.00 / Hari |
Kos Kebersihan | 150.00 / Hari |
Lampu Limpah – Kecerahan 25% | 350.00 / Hari |
Lampu Limpah – Kecerahan 75% | 450.00 / Hari |
Lampu Limpah – Kecerahan 100% | 700.00 / Hari |
SKUBA
PERKARA | KADAR SEWA( RM ) |
Dewasa / Kanak-Kanak | 15.00 / Sesi |
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :
Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313