Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman telah beroperasi mulai 1 November 2006 dan Enakmen yang digunakan ialah Enakmen Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Tahun 1971.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah bersetuju melantik ahli-ahli Perbadanan dan venue-venue yang diletakkan dibawah pengurusan Perbadanan seperti berikut:
- Stadium Darul Aman (Alor Setar)
- Stadium Sultan Abdul Halim (Suka Menanti)
- Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning)
- Pusat Akuatik Negeri Kedah (Gunung Keriang)
- Pusat Latihan Menembak Kedah (Pokok Sena)
- Pusat Perahu Layar kedah (Langkawi)
- Gelanggang Boling Padang Kedah (Wisma Darul Aman)
- Dewan Bandminton Kedah (Alor Setar)