Merupakan gelanggang utama bagi sukan Boling Padang di Negeri Kedah dan telah dibina di Jalan Pumpong, Alor Setar bersebelahan dengan bangunan Kerajaan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.
Mempunyai dua padang utama iaitu green A dan juga green B.
Pada 30 ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Gelanggang Boling Padang adalah antara venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.