Stadium Sultan Abdul Halim dibina pada tahun 2002 di atas kawasan seluas 9.2 hektar dengan kos sebanyak 10 juta. Stadium tertutupnya mempunyai kasiti penonton sebanyak 4,682 dengan kesemuanya berkerusi. Pengurusan dan pentadbiran stadium tersebut di letakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).
Pada 1 Januari 2004, Stadium Sultan Abdul Halim telah diambil alih oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd. Stadium ini telah digunakan sebagai venue untuk acara gimnastik dan gimrama semasa panganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006.
Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Stadium Sultan Abdul Halim adalah antara venue-venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.
Aktiviti-Aktiviti Di Stadium Sultan Abdul Halim
Sumber Pendapatan stadium adalah daripada hasil penyewaan gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer yang sewa pada setiap hari selain daripada hasil penyewaan stadium tersebut yang melibatkan acara yang besar dan gemilang.
Kemudahan-Kemudahan Stadium Sultan Abdul Halim
Stadium ini menyediakan kemudahan-kemudahan stadium tertutup, padang bola sepak, bilik persalinan, bilik rehat VVIP, bilik mesyuarat, gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer. Kemudahan tersebut disediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.
PERKARA | KADAR SEWA( RM ) |
Stadium Tertutup | 2500.00 / Hari |
Persiapan tempat | 500.00 / Hari |
Penggunaan Penghawa Dingin | 350.00 / Jam |
Scoreboard | -TBC_ |
Scoreboard Portable | -TBC_ |
PA Sistem | -TBC_ |
Perkarangan Stadium (Tapak Parkir) | 1000.00 / Hari |
Padang Bola Sepak | 1170.00 / Hari |
Kos kebersihan | 500.00 |
Bilik Persalinan (L/P) | 300.00 / Bilik |
Bilik VVIP | 500.00 / Hari |
Bilik Mesyuarat VIP | 150.00 / Sesi |
Bilik Serbaguna | 150.00 / Hari |
Bilik Teknikal | 150.00 / Hari |
Dewan Terbuka | 500.00 / Hari |
Sewa Arena | 150.00 / Jam |
Padang Bola Sepak (Malam) | 600.00 / Perlawanan |
Padang Bola Sepak (Siang) | 200.00 / Perlawanan |
Bola Jaring – Arena | 80.00 / Jam |
Bola Jaring – Luar Stadium | 30.00 / Jam |
Bola Tampar – Arena | 80.00 / Jam |
Futsal | 85.00 / Jam |
Tandas (Tempahan Di Luar Stadium) | 100.00 / Hari |
Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :
Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313